Thursday, December 31, 2009

3 entry terbaik (Disember 2009)

Utk bln pertama terbinanya blog "untuk kita-kita aje" ni, gua rasa gua patut pilih 3 entry terbaik sepanjang bulan ni. Ianya utk memberi semangat dan galakan sahabat2 len supaya mengepost entry2 yg begitu menarik hendaknya.
So, gua dah bace semua entry dari yg pendek sehingga la yg sepanjang-panjangnye..
Ini 3 entry yg gua rasekan terbaik..yg len jgn berkecil hati..

3 entry terbaik:

1)wajah-wajah by Pak Mat Tempe
2)kenangan: CFC dan pertubuhan haram by Pak Mat Tempe lagik..
3)cik yam oh cik yam by cacut

Tahniah!!Keep it up..Ha?Hadiah?Lu ingat ni Perdana Ria ke ade adiah?
Ok la..bg menghargai garapan2 dan nukilan2 Pak Mat Tempe dan Cacut, ini hadiah lu org..

Penginapan di Ulu Yam bersama Shahroni dan askar2nye 2 hari 3 mlm, seutas jam tgn Licon, Motosikal Yamaha SS2 ala2 Cik Anim, dan tray besi utk letak makanan..

Juara Jumaat: Dinner di mat'am dgn menu yg lazat (kuih kentut dan mee julap)

Hahaha..chow!

Wednesday, December 30, 2009

Selamat Tahun Baru..Happy New Year..err..dlm bahasa arab tak tau..haha

Di ruang yg sempit ni gua nak ucapkan Selamat Tahun Baru kpd rakan-rakan seangkatan yg membesar dgn gua dr zaman takde bulu hingga la smpai dh berjambang dan berjanggut..haha..
Masuk je awal tahun genap la 9 tahun detik-detik berpeluh kita mendaftar kt Mans dulu(kot salah betulkan). Fuh..lame tu..Pantas mase berlalu.Mase daftar tu Katak dgn Wak takde lg..(diorg second intake..haha)Dulu muka Pak Cik Tramco mcm budak2 je..Skang dah jambu..Dulu muka Pak Mat Tempe lg skema.Siap sikat belah tepi..hahaha..Skang muka dah mcm bapak org.Muka gua gak maintain suci dan stlyo..haha

Ok..gua taknak mencarut byk2..tahun 2009 tlh mempalitkan kenangan pd kita semua.Kenangan ape?Tentunya IFTOR 2009.Majlis berbuka puasa merangkap reunion secara tak rasmi.Time ni la baru korang terkejal tgk fizikal Bad setelah beberapa tahun tak pnh jumpa Bad.Time ni la perut korang cramp tgk muka stlyo bdk2 laki second generation i'dadi..haha..Dan byk lagi reunion2 tak rasmi yg korang anjurkan sesame sendiri tanpa mempelawa sahabat lain dgn niat nak mengumpat sahabat lain..haha..

Tahun 2010 tentunya tahun yg lebih mencabar dr 2009. Ape yg mencabarnye? Tak tahu la..wait n see..ahh..tahun2 sudah pon korang ckp tahun dpn tu mst lagi mencabar dr tahun sebelumnyakan..Tu sume ayat2 New Year la..Gua dh minum teh tarik dlu dr korang.

So, dgn harapan setinggi Gunung Angsi gua mengharapkan yg terbaik utk kita semua. Semangat utk memperbaiki diri dan segala mcm kebaikan.Jgn buat mcm semangat MASKAN.Zon RTJ semangat la korang nk menang.Masuk peringkat negeri hancus..haha

Gua dh byk mencarut dh ni.Tak byk pon psl Tahun Baru. Saje je gua nak menyempitkan ruang blog ni.Nak padatkan rak2 buku kt sini..haha..Terima kasih kerana membaca dan memberi sokongan yg bertubi2 kpd blog ni..

Akhir kata..
Selamat Tahun Baru
Maaf Zahir Batin

Terimalah
ya-walad.blogspot.com versi 2010..haha

Gerak dulu!

Saturday, December 26, 2009

Selamat Ulang Tahun

ya..pada post kali ni pak mat just mengucapkan selamat ulang tahun kepada ahli keluarga bongsu 2nd gen i'dadi ni..kalu x silap terdapat 3 org ahli keluarga yg lahir pada bln 12 ni...3 yang di maksud kan ialah Mohd Syahir Daud a.k.a Syalup , Dzuan Aizat a.k.a Tet dan seorang dr bdk pompuan iaitu Fatin Nabihan.kami dr ahli 2nd gen yg len mengucap kan hepi besday..moga panjang
umur,murah rezki dan berjaya dlm ape jua skali pon...Sanah Helwa ya gamil....








p/s::sori erk fatin sbb amik pic dr fb ko...

Aku ade cerita

Aku ade cerita,
Yg gemok,yg kurus,yg tinggi,yg pendek,
yg hitam,yg putih,yg wangi yg,yg busuk,
Salam,hello,hai dan segala mcm salam perkenalan..

Aku ade cerita,
dulu hingus-hingusan,
sekarang ade wawasan.
dulu otak tepu,
sekarang ade ilmu.

Aku ade cerita,
taknak dengar buat bisu,
taknak ckp buat tuli,
taknak lihat jgn bersuara,
taknak bersuara jgn bukak mata.

Aku ade cerita,
bila berborak serupa kompang,
bila mengaji tertempang-tempang.
bila belajar ternganga-nganga,
bila bermain tak ingat dunia.

Aku ade cerita,
Pak Cik Tramco ade Coklat Panas yg lazat lg enak,
Pak Mat Tempe ade Kedai Kopi yg kian sesak,
Aku takde ape-ape.
takde rupa utk dijaja,
takde duit utk dibelanja,
takde karya agung utk dijulang,
Yg ade hanya Bengkel Vespa Jobot yg lusuh lagi usang.

Aku ade cerita,
bukan cereka,bukan seloka,
cerita penglipura durjana,
takde cerita buat cerita.

Aku ade cerita,
taknak baca jgn campak,
dah baca jgn gelak.

Ini punya cerita,
Tentang aku,aku dan aku.

Aku ade cerita,
Yg gemok,yg kurus,yg tinggi,yg pendek,
yg hitam,yg putih,yg wangi yg,yg busuk,
Babai,selamat tinggal,chow dan segala mcm salam perpisahan.

Friday, December 25, 2009

Sori..

Atas kesulitan yang dihadapi cerpen anarki kemanusiaan gua '"Nama aku John, bukan John" tidak dapat dipublish lagi. Ini kerana pihak penapisan cerpen Italy dan Mongolia tidak memberi pelepasan pada sebahagian-sebahagian babak cerita.Gua tak tahu babak mane yg diorang suka.Rasanya takde pon babak-babak yang mengiurkan tahap hollywood dlm cerita gua.
Walau camne pon lu orang layan citer ni dulu.
Harap lu orang enjoy dan sediakan tisu dua tiga kotak.

Cerpen kali ini bertajuk "Abah,boleh tak adik menari?"(klik utk ke pawagam)


Blah!

Tuesday, December 22, 2009

Catuan Sementara..

Update: Your bill amounting to RM 50 is overdue. Pls remit payment within 10 days to avoid call barring. For bill info, dial *119#

Choitt..50 hennget pon nak berkira..Gua dpt msj ni dr syarikat pembekal telekomunikasi gua..Ini bermakna 10 hari dr skang gua tak dpt nak singgah kt alam maya ni..gua tak leh nak bersosial di laman2 sesawang spt Fesbuk..tak dpt nk update blog..tak dpt mendownload segala mcm benda yg berfaedah dan lain lain lg..Jika di rumah sewa gua, dgn adanya perkhidmatan streamyx,kehidupan gua dgn dunia luar tak terbatas..Jika di rumah gua di kampung, "lu mau lu bayar"..Hekeleh..kecoh la syarikat telekomunkasi cmni..gua "potong" baru diorg tau..
Kpd penjejak-penjejak ya-walad..lu org leh idup dgn aman dgn kelenyapan gua..
Kpd penunggang-penunggang Vespa Jobot di arsyadhuruhara, tlg cuci dan tukar minyak itam blog gua ok..

Aktiviti selepas terputusnya bekalan dunia ini:
1)Bermain Freecell mahupun Solitaire
2)Menonton video2 zaman2 Tok Kadok di laptop
3)Melukis org lidi di 'Paint' bg mengisi kebosanan..

:: Gua nk g wat MLM cari duit nk byr bil..

Monday, December 21, 2009

PROMO: Nama aku John, bukan John.

Selepas "From Rembau to Heaven", kini penulis tersohor, Vespa Jobot bakal menerbitkan sebuah lagi karya yg bergenre anarki kemanusiaan..

"Nama aku John, bukan John"


P/s: Ticket:Selling Fast

Thursday, December 17, 2009

Harimau Malaya

Hari ni kau tunjukkan taring harimau kau yang sebenar..hari ni kau tunjukkan belang kau..(klik sini yo!)

Sori..hakcipta terpelihara..haha

=)

Salam Maal Hijrah



Selamat menyambut tahun ke 1431 Hijrah. Jangan lupa berdoa dan beramal sempena berakhirnya tahun ke 1430 Hijrah dan bermulanya tahun ke 1431 Hijrah. Semoga Allah SWT mengampuni semua dosa-dosa kita yang lalu danmemberkati dan merahmati kita semua di masa-masa yang akan datang

Monday, December 14, 2009

kenangan:::CFC dan pertubuhan haram

Mesti di kalangan korang sume x tau kan ape die itu CFC.kali ni den nk cite kan kat korang ape die CFC tu.CFC ni adelah pertubuhan haram(ala2 hindraf gitu,tp x mengamalkan dasar racism pon sbb ahli die pelbagai kaum.hehehe)yg ditubuh kan kire2 sekitar tahun 2005 dlu di MANS.CFC ni adelah singkatan dr Cigar N Food Catering(namo mcm companay catering jo padahal buek bondo len).CFC ni adelah pertubuhan berhaluan kiri dan x mengikut arus perdana langsung,bergerak secara sulit di dlm MANS.Pertubuhan ni aktif pd waktu mlm kerana masa ni la line clear.objektif penubuhan kumpulan ni x lain x bkn adelah utk mkn dan .....(terpaksa di sensored).kalu nk ikut kan ahli2 nye dlu mmg best la sbb sumo eh bdk laki 2nd gen.ahli eh x ramai pon.terdapat juga batch lain yg cube mendaftar nk jd ahli,disebab kan temuduga yg sudah lg payah jd mereka terpaksa membatal kan niat mereka nk jd ahli.Pertubuhan di pernah cuba beberapa kali di kesan oleh pihak berkuasa MANS mahupon majlis perbandaran atas kesalahan yg di lakukan.ttp tu sume berjaya di patah kan sbb kelicikan kumpulan ni dlm menjalankan modus operandi mereka.walaupun operasi mereka cube di patah kan beberapa kali,bnd tu sume mereka jd kan lilin utk menyalakan semangat mereka tuk trus bersama CFC ni.

Kira2 pertengahan 2006,kumpulan ini terpaksa di bubar kan kerana terdapat beberapa ahli yg terikat dgn komitemen lain(bkn komitmen menjaga anak di waktu mlm erk).Sepanjang punubuhan kumpulan ni,bnyk aktiviti yg telah di laku kan bersama.tetapi ianya xbleh di ceritakan secara detail disini(takut di kesan oleh pihak berkuasa mahupon interpol).antara nye adelah perjanjian persefahaman(MoU) dua hala antara kumpulan ni ngan geng mafia kelas pertama(1st gen i'dadi) dlm beberapa bidang tuk membangun kan pertubuhan ini.walaupon pertubuhan ni telah lenyap ianya ttp menjadi kenangan(kenangan silam xkan suram bak kate blog ni).di bawah ni di nyatakan carta organisasi kumpulan ni.........







fakta menarik::::
- ketua perancang merancang jo kojo eh...buek kojo xnk..mmg hampeh
- ketua mknn ade ke supply biskut kering azan tu..xbest langsung.buat alas perut pon xlps
- yg usyar line pon cam hampeh gak..ado skali tu nasib bek x kantoi.hahaha
- ketua runner mmg org respek la.xdo sapo pernah membantah ckp dio(kalah lak ketua
perancang.hehehe)


p/s:::-nama2 bekas ahli terpaksa dirahsie kan.hehe
kumpulan ni mase skolah dlu..skang ni da x wujud da..
jgn tiru aksi2 kumpulan ni kalu korang nk berjaya
skang ni sumo ahli eh da insaf dan kebanyakan dah menyambung pelajaran di dalam
mahupun luar negara..hehehe
-kite akan cube dpt kan temubual khas dgn bekas2 ahli pertubuhan ni dan akan di 'post'kelak(kalu diorang nk di temubual la)

Ni pon reunion jugak!!

Tarikh : 9 Disember 2009
Masa : Dari terbit fajar hingga terbenam matahari..
Tempat Kejadian: Sekitar Tampin City(Pekan Nostalgia)

Perjumpaan generasi kedua idadi zon RTJ telah berlangsung di Tampin pd hari rabu bersamaan dgn 9 disember..malangnya hanya aku(arsyad) dan Katak(Firdaus Isa) shj yg hadir..

Aktiviti pd hari itu:
1) Maen snuker smpai tgn melecet
2)Karaoke smpai ilang suare
3)Makan n minum sampai senak
4)Isap rokok smpai muntah darah..

Maaf..tiada gambar reunion tersebut utk di upload..ini kerana aktiviti penangkapan gambar tidak dapat dilakukan atas sebab ketidakcanggihan handphone Katak.(Handphone aku canggih tp tinggal rumah)

Gerak dulu!Haha

wajah-wajah

mereka nilah yg pernah bergelar 2nd gen i'dadi.pelbagai pengalaman di lalui bersama..ketawa,suka,duka tu sume da sebati..dimarah,diperli itu pengalaman biasa.tp tu sume x sedikit pon melunturkan semangat mereka tuk berjaya...so lihat lah wajah2 terbaru mereka...






trivia gmbr:::

-katak skarang merupakan salah satu anggota the matrix..
-khidir merupakan usahawan bio-aura yg berjaya(terima kasih bio aura)
-syalup n fakha baru je menubuh kan kumpulan zapin rancak(kuzaran)dan baru je mendapat tempahan bermain di umah kenduri org kawen
-arsyad skang bz dgn show kumpulan sepah(muka die sebijik cam shuib sepah...hahaha)

p/s:gmbr bdk2 len xdpt nk di upload sbb xde..sori..

Sunday, December 13, 2009

Lagi Lagi Reunion


Tarikh : 10 Disember 2009
Masa : Malam
Tempat Kejadian : Rumah Aznan dan Keluarga

Majlis makan malam atau dalam bahasa yang lebih islamiknya majlis baca doa selamat telah berlangsung semalam. Hadirin yang dijemput juga agak terhad dimana hanya dihadiri oleh Pegawai Negeri Sembilan@Ayah dan Ibu, geng mafia kelas pertama ( I'dadi 1st Generation ) dan samseng antarabangsa ( I'dadi 2nd Generation ) sahaja.

Keadaan sepanjang majlis juga agak tenang dan tiada kemalangan jiwa mahupun sawan khinzir dilaporkan berlaku. Di sini juga ditempelkan beberapa gambar kenangan selepas operasi membelasah hidangan malam selesai.



I' dadi 1st Generation
Berdiri dari kiri : Ajis, Naim, Syafiq Mail, Syafiq Wira, Hambali dan Amat
Duduk dari kiri : Ibu dan Ayah
Dihadapan dari kiri : Fida dan Syahira



I'dadi 2nd Generation
Berdiri dari kiri : Syeh, Calop, Bedok, Nik, Fakha, Aznan
Barisan hadapan dari kiri : Nadia, Amira, Nisa



Aahh.. malas nak ulang.. bace jela nama kat atas tu.


fakta majlis :
- Khoir ( 2nd Gen ) balik awal. Takut 'clash' ngan jadual mengajar.
- Ayah dengan ibu cakap rumah ni lagi lawa dari rumah diorang.
- Wira jadi pengerusi majlis yang paling memalukan.
- Khoir tukang baca doa.
- Ayah layan bola Chelsea lawan M. City dengan kitorang.
- Fakta paling penting : Ajis makan 3 round ( jangan ingat orang tak perasan )

Saturday, December 12, 2009

Siapa Mereka Ini?



Mereka adalah budak2 generasi kedua I'dadi yg bermukim di Maahad Ahmadi, Gemencheh, Negeri Sembilan.
Utk pengetahuan, mereka mula bertapak di bumi MANS semasa di bwh tampuk kerajaan Ustad Ali.
Walaupon mereka ini kepala giler, ttp dgn berbekalkan semangat dan idealogi2 yg dibawa dari MANS, mereka telah menjadi insan2 yg berkaliber tinggi serta mempunyai fikiran yg matang lagi tajam.
So, sesiapa yg mempunyai niat utk memperlekehkan mereka ini, sila batalkan niat tersebut..
Anda mungkin hilang akal..

Cheers..!! =)

Assalamualaikum semua..

Kepada rakan-rakan 2nd generation of I'dadi Maahad Ahmadi..
Coretkan, nukilkan, tuliskan, catitkan dan buat la ape saje di blog ini..
Tiada halangan utk kita berkongsi cerita, idea, pendapat dan masalah..
Jadikan blog ini notice board anda..
Jadikan blog ini buku cerita anda..
Jadikan blog ini diari anda..
Terima kasih atas segala sokongan dan sumbang saran anda..

Akhir kata, terimalah,
ya-walad.blogspot.com
"untuk kita-kita aje!!"

This is for you and us..