Friday, January 8, 2010

nak mintak tolong boleh?

*“Alamak tak habis baca lagi, ko takut tak weh nak exam japg?”
“Tak takot lansong!”
“Bagoss!!”


*“Weh jom kua makan kinafah pas maghrib kang. Teringin kinafah lah. Lagipun boring lah dah abeh exam nih. Takde wat mende makan tido makan tido tu lah kojo eh”

“Jom lah aku pun bosan nih, yeyeye ko banje”

“Wek2”


*“Ko masak apa tu weh? Nak tgk!!” ting3..sambil menjengketkan kaki.

“ Apa ni sebok ah, gi la sane kacau aku nak masak. Tak suka la orang tengok aku masak nih”

T_____T sambil beredar keluar dari dapur.


*“Iyahh!! Iyah!! Pijak kaki de, pijak kaki de..”

“ Dush!! Dush!! Balas balik, balas balik!!”

“ Tolooongggg…tolooooooooonnggg ade orang giler kejaaarrrrr”

“ cissss”


*Tengah2 malam, “ we sane siket, takotla we katil aku macam ade antoo fighter”

“ tengok tu saje la tuh nak manje2 ngan aku tuh”

" =.=' "


*“ Cakapkan lah kat pakcik tuh kaler biru ade tak? Aku takutla nak cakap”

“pakcik, pakcik, kaler biru ada tak? Kawan saya tak nak yang ni”


*"ish korang ni asik gadoh je lah, pegi sorang amek pisau sorang amek pistol ha gadoh!"

"aku cop pistol!"

"ciss!!"

* biru aku oren dia -rindu suasana itu T______T -


Aku punya teman, gelak bersama, tertawa senada, sendu berirama. Tubuhnya kecil, namun jiwanya besar. Semangatnya kukagumi. Fikrah nya ku hormati. Walau terkadang berbeda pendapat, namun atas matlamat yang sama, tapi itulah yang mengeratkan kami, mungkin. Sifatnya kusenangi. Walau terkadang tegurannya pedas, bertepatan dengan ‘pedasnya’ perlakuanku. Malu terkadang datang bertandang. Tapi aku senang. Agama itu nasihat. Dan dia mempraktikkannya.


Itu semua tinggal kenangan. Dirinya tiada lagi disisiku. Hilangnya dirinya umpama hilangnya semangatku. Terkadang aku lemah. Tak mampu lagi meneruskan perjuangan ini. Perjuangan yang menuntut kesabaran serta ketabahan. Moga hatiku setabah hatinya. Walau ditimpa ujian yang sangat berat, jarang sekali kedengaran keluhannya. Hanya senyuman terpamer di wajah. Dan kerana senyuman itulah kadangkala aku menyesal. Kerana sakitnya tersembunyi, di balik senyuman itu. Ah, kesalnya aku. Membiarkan sahabat dalam derita. Derita yang sebenarnya sudah lama. Mengapa tidak terkesan dhatiku? Mengapa tidak kuketahui sedari awal. Kesal yang tiada penghujung.



Sahabat dunia akhiratku, NABILAH HUDA BT ZAIM(klik untuk baca kisah tentangnya. from A to Z),dikesan mempunyai penyakit chronic myelogenos leukemia(CML), tak tahulah bahasa pasar nya apa. tapi leukemia ni ade beberapa jenis, ni salah satu daripada jenis leukemia. Kini berada di Malaysia untuk rawatan susulan. 4/1 hari tu baru masuk pusat perubatan universiti malaya(ppum) untuk rawatan susulan iaitu kimoterapi sebelum transplant. 14/1, khamis minggu depan akan menjalani rawatan pemindahan sumsum tulang dengan adiknya yang berusia 7 tahun untuk di gantikan dengan sumsum tulang yang baru daripada adiknya. Mohon doa rakan-rakan agar transplant ini berjaya dan tiada kesan sampingan yang membimbangkan selepas transplant insha-Allah. Sekurang-kurangnya solat hajat 2 rakaat/doakan beliau selepas sembahyang/buat solat hajat di surau-surau taman/solat hajat di sekolah-sekolah@universiti-universiti/di dalam rumah anda sendiri. Doa semoga segalanya dipermudahkan insha-Allah. Kalau ikutkan hati banyak lagi nak tulis, tapi dah nak exam, sampaikan yang penting-penting saja. Doakan ya rakan-rakan. Harap dengan sangat. Dia tak berapa suka blognya di link kan. Tapi aku yakinkan dia moga-moga dengan ramai pembaca yang baca kisahnya, akan ramai juga yang mendoakan kesihatannya, insha-Allah. Dia akur. :)


::untuk nabilah sayang::



dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang,

Sesungguhnya dia teman sehingga ke akhir hayatku insha-Allah. peliharalah dia ya Allah. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Sampaikan selawat kepada Rasulullah dan keluarganya. Ya Allah, hilangkan dari dirinya penyakit, kembalikan dia kepada kesehatan dan kesembuhan. Bantulah dia dengan sebaik-baik perlindungan, dan kembalikan dia kepada sebaik-baik kesembuhan. Jadikanlah apa saja yang dirasakannya pada waktu sakitnya sebagai pahala untuk kehidupannya dan penghapus atas segala kesalahannya. Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad.

Ya Allah,

Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman.

Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat

Ya Muhaimin Ya Salam,

Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu. Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.

Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah,

Jangan biarkan sahabatku terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu, jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu.

Ya Allah,

Kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak..

AMIN YA RABBAL 'ALAMIIN....

"Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara."

-(Saidina Abu Bakar As-Siddiq )

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan.

Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. "

-Imam Umar bin Abdul Aziz-

4 comments:

Anonymous said...

Sodeh lak aih weh
Rabbuna ma3aha wa ma3aki..

p/s: baru jumpe blog ko beb, ckp ngan mak ko haha

cacut said...

haha bkn blog den lah. ni blog dak2 kite 2nd gen. jomla join jadik pentulis :)..nnt kem salam skalik cik asmah tu eh.haha

Anonymous said...

hoho yekerr nak join jgk cepatla invite aku weh. he2 inshaAllah nnt aku kem kan salam kat cik asmah eh

cacut said...

meh cni emel ko ;)