Wednesday, January 27, 2010

Subhanallah !

Assalammualaikum...

hey ya to all readers of ya-walad. Apa khabar???
Ni merupakan first entry cikMaiRA. ngee~[berdebar2 nak publish artikel ni]
ye lah...cikMaira tak sehebat cik cacut , pak mat tempe and vespa jobot menulis.

Sekarang ni cikMaiRA tengah bercuti.Ala2 cuti2 Malaysia jugak la...sebab tu cikMaiRA rajin nak menulis. Hee~
Selama ni cikMaiRA dok baca entri orang je.jeles lah... hehe.

Ni giliran cikMaiRA pulak nak sumbang entri kat blog ni.

LaYannnnn~

Tadi cikMaiRA buka e-mail. Sebenarnya, cikMaiRA tak rajin nak check e-mail pon.
Kalau bukak pun sebab nak clear kan SPAM yang cikMaiRA dapat. Sob...sob...
banyak sangat orang hantar spam kat cikMaiRA.
Yelah,cikMaiRA takde peminat.iskk...iskk.
Fan club pun dah lama bubar. [tiada sambutan]

eh eh...jauh da cikMaiRA merapu....

ok, berbalik kepada cerita e-mail tadi. cikMaiRA dapat satu e-mail dari ummi cikMaiRA.
[akhirnya ada jugak yang sudi hantar e-mail kat cikMaiRA...terharu T_T]
apa isi e-mail tu????

jeng jeng jeng...

Mungkin ramai yang dah pun tahu. Tapi takpe lah. CikMaiRA nak kongsi dengan yang belum tahu lagi.

~ THE AMAZING UNDERWATER RIVER ~


Subhanallah !
terkejut cikMaiRA ... Boleh ada sungai dalam laut... Hebatkan Allah.
Rupa-rupanya terlalu banyak keindahan alam yang belum kita temukan lagi,kan?
Teruja cikMaiRA tengok gambar ni.

CikMaiRA pun surf internet nak tengok.Mana letaknya tempat ni.Kalau readers sekalian nak tahu lebih lanjut boleh layari laman ni,

http://www.crystalkiss.com/the-amazing-underwater-river-in-cenote-angelita-mexico

ha,oklah...masker cikMaiRA da kering sangat ni. Nak pergi cuci muka. Kalau ada yang teringin nak berkunjung dan cuba scubadiving kat sini, jangan lupa, tangkap gambar banyak-banyak.
Jangan lupa share dengan cikMaiRA sekali taw!!!

Akhir kalam,

Pesan cikMaiRA buat readers blog ni, mulai sekarang, berhenti sejenak dan fikirkan setiap apa yang kamu saksikan. Jika kamu lihat seekor nyamuk, contohnya, fikirkan bagaimana ia terbentuk. Atau ketika kamu sedang makan buah, fikirkan kenyataan Allah telah memberikannya rasa dan bau. Jangan sekali-sekali lupa setiap kali kamu mendongakkan kepala ke langit dan melihat bulan dan bintang, bahawa Allah yang meletakkan semuanya di tempatnya.

Teruskan berfikir tentang Allah dan teruskan mengingatkan kawan-kawan tentang Allah. Kerana Allah amat menyayangi kita dan memberikan kita kehidupan yang penuh dengan keindahan.

Moga bertemu lagi di lain waktu...
Keep on tuning to this blog.
Love all of you....

challo

Words of Wisdom :
Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.

(Surah Al-Baqarah:32)

2 comments:

Anonymous said...

yeay dah lama tunggu cikmaira pos. huhu rasa nak berlari-lari keliling reban ayam (sebab gembira sgt dpt baca pos cikmaira).

go go cikmaira! ! !

-peminat setia

Humaira Imtiyaz said...

amboih kakaktua...ni tuan taw x awak yang comment2 ni???
lebih kuah dari nasi da ni...
jeng jeng jeng
malu cikmaira...ni ke satu2nya ahli y dftr time fanclub cikmaira launch?
awww...heee

stay tune.xsbr nk dgr celoteh kakak tua.bila nak smbung??? :D